Pusat Kegiatan Guru Tanjung Tualang telah menganjurkan Bengkel Konfigurasi Rangkaian untuk Guru Penyelaras Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah akses internet yang seringkali berlaku di sekolah.
Aktiviti ini telah dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah. Seramai 12 orang peserta daripada kelompok Pusat Kegiatan Guru Tanjung Tualang telah menghadiri bengkel ini. Para peserta telah didedahkan dengan cara-cara untuk konfigurasi komputer-komputer dalam rangkaian agar masalah kesukaran untuk mengakses internet dapat diatasi dengan segera di sekolah. Bengkel ini dijalankan selama tiga hari iaitu pada 21, 22 dan 23 November 2007. Semua peserta telah menunjukkan minat serta komitmen semasa bengkel dijalankan.
Wednesday, March 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment