Tuesday, April 29, 2008

Bengkel Bina BBM

Tarikh: 8, 9 dan 10 April 2008
22, 23 dan 24 April 2008

Tempat : PKG Gopeng

Peserta : Guru Pemulihan Kelompok PKG
Tanjong Tualang dan PKG Batu
Gajah

Wednesday, March 26, 2008

Bengkel Pengurusan Rekod Stok dan Fail PSS


Pada 21 November 2007 hingga 23 November 2007 yang lalu, Pusat Kegiatan Guru Tanjong Tualang telah menganjurkan satu Bengkel Pengurusan Rekod Stok dan Fail Pusat Sumber Sekolah. Bengkel yang telah diadakan selama 3 hari ini telah dijalankan di Bilik Seminar Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Guru Perpustakaan dan Media cara yang betul untuk menguruskan rekod dan fail yang ada di Pusat Sumber Sekolah masing-masing.

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada guru perpustakaan dan media kelompok PKG Tanjong Tualang telah menghadiri Bengkel tersebut. Encik Mohd Yusniza bin Mohd Redzuan, PTP PKG Gopeng telah menyampaikan ceramah pada hari tersebut. Selain daripada beliau, Encik Ramlan Jafery bin Mat Johan PTP PKG Batu Gajah dan Encik Abd Razak bin Ahmad Shamsuddin PTP PKG Tanjung Tualang telah turut sama meyampaikan ceramah pada hari itu

Bengkel Konfigurasi Rangkaian Anjuran PKG Tanjung Tualang

Pusat Kegiatan Guru Tanjung Tualang telah menganjurkan Bengkel Konfigurasi Rangkaian untuk Guru Penyelaras Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah akses internet yang seringkali berlaku di sekolah.

Aktiviti ini telah dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah. Seramai 12 orang peserta daripada kelompok Pusat Kegiatan Guru Tanjung Tualang telah menghadiri bengkel ini. Para peserta telah didedahkan dengan cara-cara untuk konfigurasi komputer-komputer dalam rangkaian agar masalah kesukaran untuk mengakses internet dapat diatasi dengan segera di sekolah. Bengkel ini dijalankan selama tiga hari iaitu pada 21, 22 dan 23 November 2007. Semua peserta telah menunjukkan minat serta komitmen semasa bengkel dijalankan.